
Woh, esok sudah start kelas. Tapi aku dah lama ber'busy' dengan aktiviti-aktiviti U. Apa salah ke aku aktif? Tolong lah faham, ini salah satu minat dan aku rasa melalui aktiviti-aktiviti ni, aku boleh variety kan soft skills aku. Lagipun, aku nak cuba pelbagai pengalaman baru. Kat rumah mana boleh dapat semua ni beb.
Setakat masuk U nak belajar je, tapi tak ambik kisah dengan aktiviti-aktiviti U memang dah tahap kera sumbang lah beb. Tapi aku akui dulu aku pun pernah buat macam tu. Masa tu aku baru masuk. Freshie lagi la gamaknya. Every weekend aku balik rumah. Setiap kali habis kelas je, aku terus balik bilik. Kalau ada aktiviti wajib je barulah aku terhegeh-hegeh tunjuk muka pergi nengok. Kadang-kadang ada aktiviti/event apa yang berlaku pun aku tak ambil peduli. Results aku memang mantap ah masa tu. Tapi aku rasa 'something wrong somewhere'. Last-last aku rasa bosan sangat. Kawan-kawan pun tak ada. Gila kesian kan aku. Lagak hidup macam nerd je. Tapi tak cukup nerd macam kawan aku seorang tu la pulak kan. Haha.
BTW, pantai boleh berubah inikan pula manusia eh. Aku sedang cuba berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik dari dulu. Haha. (iye-iye je aku ni kan). Aku tetap diri aku. Tapi ada sebahagian diri aku yang aku rasa susah sikit kot nak berubah dan separuh lagi willing to change. Yang separuh ini lah mungkin mengubah aku menjadi seorang insan yang lebih matang suatu hari nanti untuk membuat keputusan yang tepat lagi jitu. Hoh, oleh itu, tolong lah support aku. Jangan lah patahkan semangat aku yang sememangnya mudah rapuh dan fragile ini. Walaupun aku ni nampak je rock tapi aku seorang yang boleh tahan sensitifnya. Okeh?
_______
Okeh lah. Berbalik pada tajuk. Hehe. Aku sebenarnya telah berkhidmat bakti pada UiTM pada minggu lepas selaku PM; Pembantu Mahasiswa. Lebih kurang jadi Fasi untuk pelajar-pelajar intake baru. Walaupun bidang tugas aku tidak melibatkan mereka semata tapi tetap secara umumnya aku juga menolong mereka secara tidak langsung kan. Haha.
Baiklah. Apabila para pelajar sedang mendengar ceramah seperti di atas, kami selaku para PM berbuat begini pula. Haha. Di mana kami berehat apabila diberi peluang sebegini. Gambar jarak dekat tak mahu lah tunjukkan. (^_^)
_______
Okeh lah. Berbalik pada tajuk. Hehe. Aku sebenarnya telah berkhidmat bakti pada UiTM pada minggu lepas selaku PM; Pembantu Mahasiswa. Lebih kurang jadi Fasi untuk pelajar-pelajar intake baru. Walaupun bidang tugas aku tidak melibatkan mereka semata tapi tetap secara umumnya aku juga menolong mereka secara tidak langsung kan. Haha.
Baiklah. Apabila para pelajar sedang mendengar ceramah seperti di atas, kami selaku para PM berbuat begini pula. Haha. Di mana kami berehat apabila diberi peluang sebegini. Gambar jarak dekat tak mahu lah tunjukkan. (^_^)
Ohh lupa pulak. Aku juga bertemu dengan insan yang bernama sama dengan aku. Famous sungguh kan nama aku ni. Apa kan daya aku. Hikhik. (*-*).
Batch July 2009 ini sangat bertuah sebab di dalam MMS ini mereka terus menjalani modul satu dan juga Biro Tata Negara (BTN). Aku selaku batch sebelum-sebelum mereka ini terasa sangat lah jealous okeh.___
Bagaimana pun, aku sempat ber'taaruf' dengan pelajar-pelajar course aku. Hoho. Ramai betul mereka ni. Kekok gila mereka semua panggil aku kakak wei. (8-8)
Siapa kata PM jahat suka dera dan membuli? Kami lah PM yang baik hati. Lihatlah siap bagi mereka tidur lagi tu. Haha.
Seronok kan mereka beristri-rehat di Lecture Theatre yang damai lagi dingin sebab aircond terlampau sejuk tu. (^-^)_____
Secara overall nyer, ada pelbagai kisah-kisah masam-masam manis yang ada boleh di jadikan teladan dan juga kenangan manis. Tapi yang ini tak boleh di sangkal sebagai kenangan manis kerana adik-adik baru ini menghargai aku. Woh, terharu beb. Ada yang belanja aku makan KFC. Fuh, tak sangka you. Haha. Dan dan ada juga yang bagi aku buah rambutan dan kek buah.
Banyak lah wei. Ada harapan macam tak habis je ni. Tapi tak apa lah, janji mereka ikhlas memberi kan. (o_o). Okeh, pengalaman MMS ini adalah yang antara yang terbest untuk sem baru ini. Yuhhuu. Permulaan menarik bagi aktiviti seterusnya (^-*)

0 flowers for her.:
Post a Comment