Thursday, October 15, 2009

Di manakah keikhlasan hati seorang manusia?

Kat dunia sekarang memang susah nak jumpa manusia yang ikhlas dalam memberi bantuan. Jika ada yang sudi pun sudah terselit di hati inginkan balasan yang setimpal. Bukan ciptaan atau rekaan tetapi memang lumrah kehidupan di dunia akhir zaman ini.








dan,



dan,



dan,






WTF buat kau PakCik Kasim!






Hoh, lupa pulak nak ucapkan terima kasih sebab kalau kau tak datang memang aku dah bermalam terus kat dalam kereta tepi jalan simpang Muadzam-Segamat tuh.




OKAY, OKAY.




TARIK NAFAS JAP.




FUHH. fuhh. fuhh. fuhh.





Orait dah lega sikit.





Nak cerita ni yang kat kampus dah 13 jam tak ada elektrik.




start takde elektrik dari 14 October 2009 jam 12.30pm macam tuh di mana masa tu aku tengah gigih menjawab quiz far yang astgafirullah al'azim sampai lah pagi tadi pukul 5.30am macam tu baru ade elektrik balik.




Berbalik pada perenggan pertama entry ini ialah oleh kerana dari petang dah takde elektrik dan tidak menunjukkan tanda-tanda cahaya sinaran letrik, maka adalah perlu untuk aku dan rakan-rakan keluar lepaskan tension sebab kegelapan satu kampus tu dah cukup membunuh niat aku yang murni, yang suci lagi bersih untuk study untuk test costing jumaat petang ni. (+_+) I know. 'lame' gila. tak boleh buat ape wei. kesian kan. Tapi lagi kesian kat dinner DIBA yang terpaksa bercandle-light dinner pulak malam tu tiba-tiba. (--"). Takpe, satu pengalaman baru tu. (0_0)




Kat bandar Segamat oke je kot. Berkerlipan sana-sini dengan lampu warna-warni. Huhuu. UiTM jeh yang blackout rupanyer. Alkisah nyer kami sangat lah sibuk berbual-bual sampai lupa isi minyak. Betul. Betul. Minyak habis zero terus. Isi tank simpanan pun dah tak de. Kelakar nak mampos kelalaian kitaorang tuh. Kelakar sampai keluar kereta tepi jalan siap gelak nak terjatuh pastu ambik-ambik gambar macam orang jakun. Hahah. Sengal.




Lepas tuh baru gelabah call kawan yang NR suruh tolong belikan minyak. Punyalah terasa masa lambat berlalu bila dalam keadaan macam ni. Sampai kalau ade motor yang slow down jeh mesti ingat tu la dia minyak dah sampai. Disebabkan tu, ade satu motor bile slow down dekat-dekat kereta je terus kitaorang jerit2 kegembiraan pastu bile tau salah orang, terus cover malu. (--") Macam hape lah kitaorang kan.




Bila tengah tunggu tu sekali adalah sebuah kereta berhenti. Keluarlah seorang lelaki berpangkat pakcik. Iye itulah dia PakCik Kasim yang watak nya dia dah di ulang taip di atas. Bila dah kereta rosak tepi jalan, dan semuanyer perempuan, maka adalah sangat wajib untuk berhati-hati. Takut juga sebab mana boleh percaya orang yang tidak dikenali. Pakcik tu offer kan diri untuk menolong membeli minyak. Dia mintak RM10. Oke fine, kitaorang bagi je sebab dia dah nak tolong kan. Lepas tu bole pulak dia tanya dan tanya dan tanya lagi kalo ada di antara kitaorang nak ikut dia pergi beli minyak tak. Kitorang jawab takpe2. Dia pun pergilah.



Pakcik tu juga yang sampai dulu sebelum kawan NR kitaorang tu. Dah takdir agaknya. Pakcik tu sampai dengan tong plastik berwarna kuning yang Shell punya kot. Dia nak tolong tuangkan minyak sekali. Ok fine jugak. Tapi bila dia tuang minyak tu macam tu je takde guna corong sampai minyak tumpah melimpah-ruah memang fux ah lu pakcik. Terus aku dengan kawan aku pegang-pegang tong minyak tu tak nak bagi dia tuang lagi. Apa bodoh sangat pakcik tu. Hidup lagi lama kitaorang kot, Tapi buat-buat tak tau bile nak tuang minyak dari tong untuk ke kereta kan perlukan corong supaya tak tumpah. Nampak sangat sengaja. Pastu buat muka sengih-sengih. Dia sempat lagi mintak upah dia RM5. Fux lagi sekali la lu pakcik. Minyak dalam tong plastik tu dah lah dia isi 3 liter je. Satu liter minyak baru RM1.80 x 3 liter = RM 5.40 jeh weh. Dah songlap baki duit minyak RM4.60 dah lah. Lagi tak bole blah, pakcik tu ajak kitorang naik kereta dia je untuk balik UiTM. Lagi ah fux. Habes kereta ni nak tinggalkan situ ke hape? Bodoh lah pakcik tu. Nampak macam kitaorang dah nak marah-marah terus pakcik tu blah.




Lepas tu kitaorang tergamam gak ah tak tahu nak buat ape. Pastu kawan aku lah punye idea nak potong botol plastik untuk buat sebagai corong. Lagi best, potong botol tu guna kunci jeh. Tebuk puas-puas pakai kunci dulu baru koyakkan. Masa ni lah semua kekuatan keluar sebab marah dengan pakcik bodoh tu tadi.




Tolonglah pakcik bodoh. Meh sini aku ajar kalau nak isi minyak dari tong plastik kuning kena macam ni




Hah, nampak tak? Haha. Bajet macam pakcik bodoh tu baca pulak blog aku ni kan. (00"). Takpe lah, aku saje je nak tempek gambar tuh. Aku pun hairan kenapa aku tak terfikir nak snap gambar pakcik bodoh tu masa dia isi minyak kat kereta. Kalau tak, boleh jadi bahan bukti tunjuk dalam blog ni. Alahai.



Oh ye, malam ni katanyer tak de lagi elektrik. Memang banyak gile dugaan ah bila dah nak dekat final ni. Dengan test costing lagi, iye lepas habes update ni aku nak study lah. (--"). Malam ni aku ingat nak menumpang kasih kat rumah kawan kat Jementah. Harap-harap semuanyer berjalan dengan lancar untuk minggu ni. (^0^). Buhbye

2 flowers for her.:

aidasivirus87 said...

fuh..mmg kejam n sengal thp cipan pakcik tu.. nasib baik kite x ikut dia mlm td..klu x.. entahlah..x sngke tgn aku ptg btl leh ko mskkn tikah..hahhaha

Nor Atiqah said...

Bangga lah wei tangan kau ade?haha.
Fux off lah pakcik tuh.kalau jumpe lagi memang aku nak simbah dia dengan minyak. huh.



p/s:haha, saje jeh nak beremosi pasal bende ni lagi. (--")