Saturday, October 24, 2009

Terima Kasih



Mungkin ini adalah salah satu hikmah kenapa emak suruh berhenti kolej dan sambung kat UiTM tercinta ini. Nak tahu apa hikmahnya?















jeng, jeng, jeng!





aku dapat sahabat yang sangat aku tak tahulah nak gambarkan bagaimana. Mereka inilah yang boleh bertahan dengan mulut laser aku, boleh layan idea-idea gila aku, boleh di buat kawan, ada bila aku susah dan ada bila aku senang, dan yang penting tak lupakan aku bila nak pergi outing, haha. Oke, yang last tu memang lawak!




Aku harap aku boleh balas balik jasa-jasa mereka ni. Aku terhutang budi kat mereka. Kalau takde mereka, aku rasa hidup aku takkan seceria ni. Yang uniknya mengenai persahabatan aku dengan mereka ialah kerana aku jeh lah seorang yang 'course' lain. Mereka semua satu 'course'. Tapi takpe, itu tak menjadi penghalang pun. Aku tetap sayang kat mereka. (--")




Macam mana lah aku tak sayang lebih kat mereka. Dah la baik, lepas tu buatkan kejutan untuk aku sempena hari lahir aku;
21hb Oktober yang lepas. Mula-mula aku ingat tiada lah kot 'suprise' untuk aku. Dah lah takde wish aku pun. Huhu. Dengan semua masing-masing sibuk. Mereka semua boh-layan aku je. Aku pulak masa rabu tu ada quiz so memang tak payah cakap ah memang aku sibuk study je. Terasa macam sedih gak sebenarnya masa tu. Tapi rupanya-rupanya kejutan yang mereka berikan lebih bernilai dari makanan 'fast foods' yang sedia ada.




Haha, merepek je ayat atas ni. Sebenarnya mereka semua bergotong royong masak untuk sambutan hari lahir aku. Fuh, terharu gila. Celah mana nak cari sahabat yang sanggup merewang nak masak kat kampus ni kan? Haha. Semua makanan yang ada adalah buatan air tangan mereka. Dengan kek sekali pun. Walau takde lilin pun aku dah tak kesah sebab terharu mereka dah penat-penat masak untuk aku. (^0^)




Aku berani sumpah yang aku terkejut tengok banyak gila makanan kat bilik kak aida masa aku balik dari quiz costing malam tu. Dengan periuk-periuk ada dalam bilik tu. Macam nak buat kenduri weh! Kak aida dengan siti pulak tidur macam tak sedar diri. Memang penat lah kot. Lepas tu confirm ah kantoi dengan aku yang dah tahu kenapa mereka semua boh layan aku kan. Hehe (^^,).




Pukul 10.30 malam baru lah berkumpul ramai-ramai untuk sambut sambutan hari lahir aku. Hehe. Aku tahu gila skema aku gantikan 'birthday' jadi hari lahir.



Gambar-gambar yang di ambil semua nya memang tak jelas sebab tempat yang kitaorang makan tu gelap gila! Nasib ada flash yang terang dari handphone kesayangan aku ni. Haha



Spaghetti ni Din yang masak. Sedap weh. kau memang boleh jadi tukang masak yang hebat macam ni. (^_^)



Nampak tak kat dalam gambar ada puding? Puding tu pun sedap. Lepas ni boleh buat bisnes jual puding dengan spaghetti ah macam ni.




Lepas makan boleh pulak buka cerita pasal misteri nusantara ke hape kan. Sampai semua kata aku kena demam terkejut pulak tu. Haha. Sengal. Lepak punye lepak macam tak ingat esok tu aku ade kelas pagi pulak. Hehe. Memang lepak gila sampai Pak Cik U.K tutup lampu tanda suruh semua budak balik tidur kan. (--"). Baiklah pakcik, maka kami semua pun angkutlah semua bekas-bekas makanan yang banyak gila tu bawak balik bilik kak aida. Masa tengah bawak tu ada pulak abang jual burger yang tanya ada kenduri ke? Haha, gila nak bagi penyepak. Sampai wing kak aida, terus merewang basuh pulak.




Aku tukang ambik gambar je sebab mereka tak bagi aku basuh. Tengok lah betapa baik gila mereka ni. Dah la masakkan, pastu basuhkan lagi tu. Mana lah nak dapat
cari ganti kawan-kawan yang macam ni kan? kan?




Sayang ketat-ketat ah aku dekat mereka semua. Haha, Buhbye.

2 flowers for her.:

aida said...

rndu dgn semua kngn ni
nk nangis........

Nor Atiqah said...

nak makan lagi spaghetti din masak! :D