Lama dah tak jengok blog ni. Malas-malas. Semua benda pun malas bila dah terlalu lama bercuti. Heh.Betul tak tipu punyer.

BTW, jadual aku untuk cuti semester setakat ni banyak dihabiskan untuk bermain games dan menjadi part time bibik kat rumah.

Yang part time bibik tu tak bole elak. Haha. Part time je tau sebab another part dah di reserve untuk bermain games. Iye games. Ada (s) kat belakang tu so banyak lah bilangan game yang telah aku main. dan percayalah bahawa tiada satu game pon yang setakat ini aku dah habiskan. Semua aku main separuh jalan je (=_=). Sebab tamak. Sebab semua game nak cuba main. Hahah. Sebab lagi ialah aku ada satu perangai yang bila dah habis main 4-5 level terus tak nak main dah sebab cepat bosan. Sebab tu banyak sangat game kat desktop ni hah. Semak betul! Semak! Kejap lagi nak delete dah mana-mana game yang bosan.
Tapi range games yang aku minat/suka/selalu main banyak kategori hidden items dan dash games. Ala games yang macam Diner Dash tapi semestinya bukan exactly Diner Dash lah. Aku paling tak suka game Diner Dash tu. Kartun dia tak comel. (+_+).Alasannya sebab suka main games yang gambar cantik, mostly 3D, nak yang kartun comel-comel je dan yang penting tak mau games yang pening-pening kepala. Yang ini memang ah perlu. Sebab utama main games ialah nak rilex dan chill dengan laptop kesayangan kan. So tak suka betul games yang tension-tension kepala ni. Hish. Pemilih gila kan. Hahah.
Sebenarnya tujuan utama nak buat review games. Tapi introduction terpanjang lah pulak. hikhik. Aku nak cuba list down games yang aku pernah main sepanjang dah berapa lama aku hidup je. Eh, tak-tak. Tu panjang sangat pulak nanti. Nak bagitau je games yang menjadi favourite aku ageless sepanjang zaman remaja ni (kot?). Oleh kerana aku tak suka buat countdown maka aku terus listkan apa yang terbuku kat hati ni jek lah yer. Eh lupa nak beritau. Yang games bawah ni semua aku dah khatam berpuluh-puluh kali sebab tak bosan dan jemu!

Yang semestinya favourite game aku untuk tempat pertama ialah The Sims dan adek beradek. Game The Sims ni ialah berbentuk simulator kepada kehidupan seharian oleh virtual person yang kita mainkan. Haha, aku tak geti bagi penerangan lah. Faham lah kot eh. Adek Beradek The Sims termasuklah The Sims 1, 2 & 3 bersama-sama expansion packs yang lain.

Yang ini memang hardcore punya addicted sejak kecik sampai sekarang. Sejak kecik tau dari umur 11 tahun. Yang semestinya kat komputer along lah aku menumpang. Masa dulu dah along je ada komputer kan. Terpaksa lah kan. Hehe. Tapi, The Sims 1 je aku tersangat addicted gila dan memang sanggup ah berhabis duit beli every expansion pack yang ada. Sebab banyak sangat lah. Menyampah betul. Tapi dah minat punye pasal kan. Same goes with The Sims 2. Tapi The Sims 2 : Apartment aku belum main pun. Tengok lah nanti mungkin akan di beli jugak. Wajib untuk pemain tegar macam aku ni. (=_=).

Dan yang last The Sims 3. Dah pernah main tapi kat laptop orang lain. Huhu. Sebab nya? Laptop aku laptop lama yang tak mampu menampung The Sims 3 wayyyy too banyak ram untuk diguna masa main dengan 3D yang cantik gila babas dan perlukan simpanan storage hard disk yang besar jugak. Sedih betul. Sedih. Sedih =(
Tak pe lah. Nanti kalau ade rezeki lebih boleh lah beli laptop baru. Kalau lah kan. (o_o)
Ok, next ialah game 'Dream Day'. Macam The Sims gak banyak adek beradek kan. Dream Day ni nama utama compilation games kepada Weddings, Honeymoon dan First Home.

Graphic games ni adalah yang paling cantik untuk semua games yang aku pernah main. Suka sangat! Dan yang terbaru ialah Dream Day Wedding : Las Vegas. Ciri-ciri wajib untuk game yang disukai aku semua nya ada dalam game ni. Graphic game ni yang cantik dan comel beserta 3D. Ini ialah hidden items games. Aku memang suka cari benda tersembunyi dalam barang-barang yang bersepah. Sangat dipraktikkan dalam real life jugak! (+_+)

Dan secara langsung, games ini menjadi walking dictionary untuk aku. Banyak perkataan baru yang boleh belajar sambil main game ni. Honestly, aku kalau main games ni kena letak dictionary kat sebelah. Heh. Aku tak kesah orang nak kata hape. Tak kesah. Tak kesah.
Oke lah. Aku listkan tiga je sebab aku baru tulis dua kat atas ni dah panjang bukan kemain.

Yang last ialah Jojo's Fashion Show. Tengok tajuk pun tau kan game pasal apa. Jojo's Fashion Show 2 : Las Cruces memang terbaik bagi yang minat fashion and designs. Sebab yang kedua ni boleh design baju sendiri. Seronok sangat! Mungkin boleh di praktik kan kalau aku pandai menjahit. Hahah.

Oppsss. Lupa pulak. Baru-baru ni. Erm, kelmarin kot. Angah perkenalkan satu game kat aku. Comel gak walaupun bukan minat aku pada robot-robot but let's give a try. Menarik gak lah Machinarium ni cuma kena pandai tekan-tekan dan cari jalan sendiri. Dah lah hint satu je. Tapi ade cheat. Tapi nak tengok cheat tuh kena main mini games pulak. Adoi. Memang mencabar lah game ni. Tapi worth lah main sebab comel betul robot tu. (0_0)
Aku bukan tak mau bagi link-link kepada games di atas tapi tak mau di kata mem'plagiat' link orang lain. Maka dengan itu aku bagi hint jek lah oke.
Untuk cari games di atas, boleh try search di google dengan key word 'nama games' dan tulis mediafire (atau) 4shared (atau) rapidshare. Selamat mencuba dan jom main games! Bubye! =)
Oppsie// All pictures credited to Google.com
0 flowers for her.:
Post a Comment